Perancang perkahwinan belajar sesuaikan diri dalam keadaan pandemik


Hailey Chung Wee Kye

Banyak majlis perkahwinan dibatalkan saat akhir berikutan peraturan yang berubah sepanjang pandemik Covid-19. – Gambar fail EPA, 2 Februari, 2021.

KEGAGALAN untuk menyesuaikan diri dengan perancangan yang berubah dan beradaptasi dengan teknologi boleh memburukkan perniagaan adalah dua perkara dipelajari oleh perancang perkahwinan sepanjang pandemik Covid-19.

Mereka yang terlibat dalam perniagaan perkahwinan berusaha untuk bertahan dalam tempoh setahun namun kini terpaksa belajar bagaimana untuk menyesuaikan diri dengan pandemik.

Pada masa ini,  perancang perkahwinan berusaha untuk mengatur pernikahan dengan majlis kecil menggunakan teknologi, selain menyediakan langkah keselamatan yang sesuai dengan protokol kesihatan.

Malah, kek perkahwinan kini lebih kecil supaya ia menepati tempahan pada masa sukar ini yang berdepan masalah ekonomi.

“Perniagaan hampir tiada pada 2020 dengan begitu banyak pembatalan dan penangguhan majlis,” kata Presiden dan Pengasas Bersama Persatuan Profesional Perkahwinan (AWP) Leticia Hsu.

Ahli AWP terdiri daripada semua jenis pembekal yang terlibat dalam perancangan perkahwinan – dari kedai bunga, pereka gaun hingga penghibur.

Untuk terus kekal dalam perniagaan, mereka mempelbagaikan perkhidmatan ke bidang lain yang boleh dikaitkan dengan industri mereka, kata Hsu.

“Jika ada satu perkara yang boleh kami pelajari adalah kami perlu merebut saat ini dan meneruskan apa saja rancangan daripada hanya menunda.

“Industri juga belajar bagaimana melibatkan pelanggan di media sosial dan platform maya,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Hsu berkat, pelanggan mahu majlis perkahwinan mereka menjadi intim dan bermakna, jadi penyedia perkhidmatan perlu menunaikan keinginan itu.

“Kami belajar untuk bersikap fleksibel bagi memenuhi perubahan keinginan pelanggan kami,” kata pemilik bersama dan jurugambar profesional Teo Li Anne dari Bitesize Visuals.

“Bukan hanya sebagai penyedia perkhidmatan, tetapi juga untuk membantu dan beri sokongan. Tahun 2020 adalah tahun yang penuh tekanan bagi pasangan yang mahu berkahwin.”

Beliau berkata banyak pembatalan diberitahu saat akhir disebabkan peraturan yang berubah-ubah dan perkara itu menyukarkan mereka dalam memastikan keselamatan tetamu majlis.

“Sebagai perniagaan, kami juga memahami pentingnya memiliki dana yang mencukupi untuk keadaan yang tidak diduga atau perlu mempelbagaikan perkhidmatan,” kata Teo.

Kedai kek perkahwinan, The Quirky Taste pula terpaksa bergantung kepada pelanggan tetap bagi mempertahankan perniagaan yang goyah selama pandemik melanda negara.

“Perniagaan perlahan pada Mac dengan tidak ada tempahan dan ia kemudian meningkat pada Mei atau Jun. Banyak jualan boleh dilihat dari Julai hingga Oktober, namun, pada November jadi menurun dan naik semula pada Disember,” kata Melissa Sukumaran, pemilik dan pakar kek.

Beliau berkata cara untuk bertahan dalam perniagaan adalah perlu lincah dan fleksibel, misalnya, menghadkan ukuran kek mengikut keinginan pelanggan.

“Semua kek sekarang lebih kecil. Kami beri pilihan untuk pelanggan supaya ia lebih mampu dibeli,” katanya. – 2 Februari, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen