APPLE pada Khamis meminta maaf kepada pelanggannya kerana kelembapan prestasi model lama iPhone dan mengatakan ia akan memberikan diskaun untuk penggantian bateri beberapa jenis model telefon pintarnya.
Langkah itu diambil Apple susulan kemarahan pengguna iPhone- dan beberapa siri saman mahkamah- selepas berita masalah bateri menimbulkan kebimbangan yang syarikat itu dengan secara sengaja dan tidak adil memanipulasikan penggunaanya untuk menukar telefon.
“Kami tahu ada sebahagian ada yang merasakan Apple mengecewakan anda. Kami minta maaf,” kata Apple dalam satu kenyataan di laman sesawangnya.
“Kami sentiasa mahukan pelanggan kami mampu menggunakan iPhone mereka selama mungkin. Kami berbangga yang produk Apple dikenali kerana ketahanannya dan mengekalkan nilainya lebih lama berbanding pesaing kami.”
Apple berkata ia akan mengurangkan harga penggantian bateri kepada iPhone tamat jaminan daripada AS$79 (RM322) kepada AS$29 (RM118) untuk pelanggan iPhone 6 dan ke atas yang memerlukan penggantian bateri, bermula penghujung Januari sehingga Disember 2018.
Syarikat itu juga mengatakan mereka akan mengeluarkan maklumat mencukupi tambah baik perisian bagi memudahkan pengguna menilai sama ada tambah baik itu akan menjejaskan prestasi bateri lama.
Kontroversi itu tercetus minggu lepas selepas Apple mengakui ia meletakkan tambah baik perisian bagi “merendahkan” tuntutan kuasa bateri bagi menghalang model iPhone 6 daripada terpadam disebabkan cuaca sejuk atau bateri yang lemah.
Bertahun lamanya khabar angin bertiup kencang di laman sesawang yang menilai produk Apple, mendakwa prestasi iPhone sengaja dilembapkan, sesuatu yang sengaja dilakukan bagi menggesa pengguna membeli model terbaru.
Kenyataan terbaru itu bagaimanapun menafikan khabar angin itu, “ kami tidak pernah- dan tidak akan- buat apa-apa dengan sengaja untuk mengurangkan jangka hayat produk Apple atau menjejaskan pengalaman pengguna supaya mereka menukar kepada model terbaru.”
Tetapi ia mengatakan “bateri adalah produk sedia guna yang menjadi kurang berkesan apabila lama digunakan kerana faktor bahan kimia” dan faktor seperti kepanasan yang boleh menjejaskan prestasinya.
Apple berkata tambah baik perisian tahun lepas bertujuan untuk “menangani masalah prestasi maksium komponen tertentu apabila diperlukan bagi menghalang telefon terpadam (secara automatik)” dan “dalam sesetengah kes pengguna mungkin melalui proses pembukaan aplikasi yang lebih lama atau pengurangan prestasi lain. – AFP, 29 Disember, 2017.
Komen