Tunjuk perasaan di pusat pemvaksinan Covid-19 Los Angeles


Mereka membawa sepanduk menuntut pemberhentian perintah pergerakan dan dalam masa sama mempromosikan teori konspirasi anti-vaksin. – Gambar AFP, 31 Januari, 2021.

PENUNJUK perasaan mengganggu pusat pengedaran vaksin Covid-19 di Stadium Dodger di Los Angeles, lapor media Amerika Syarikat.

Beberapa dozen orang membawa sepanduk menuntut pemberhentian perintah pergerakan dan dalam masa sama mempromosikan teori konspirasi anti-vaksin.

Mereka membuat protes itu di gerbang pusat pengedaran vaksin tersebut yang merupakan antara yang terbesar di AS, lapor media sosial.

“Nampaknya hanya ada sekitar 30 penunjuk perasaan. Tidak jelas mengapa mereka menutup keseluruhan kemudahan itu,” tweet pengguna media sosial Mikel Jollet.

Pegawai menutup pusat itu hampir satu jam, memetik pegawai bomba, walaupun jabatan polis Los Angeles menafikan penutupan ruang itu selain mengatakan semua vaksin akan diedarkan, lapor media AS.

Kejadian itu merupakan cabaran terakhir bagi penghantaran vaksin di AS, yang mempunyai jumlah kes dan kematian tertinggi di dunia akibat Covid-19.

Lebih dari 26 juta orang telah dijangkiti dan 439,000 telah meninggal dunia di negara itu sejak bermulanya pandemik Covid-19, seperti ditunjukkan oleh Universiti Johns Hopkins.

Presiden Joe Biden telah berjanji untuk memberi vaksin kepada 100 juta orang dalam 100 hari pertamanya. Namun sebenarnya pelancaran kempen itu telah dimulakan di bawah bekas presiden Donald Trump.

Los Angeles, di mana kes Covid-19 meningkat pada musim sejuk ini, kini hanya memvaksin pekerja perubatan barisan hadapan dan penduduk berusia 65 tahun ke atas. – AFP, 31 Januari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen