Benarkan semula kes mangsa rogol wanita Mongolia, kata wakil rakyat


Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah berkata mahkamah sepatutnya bersimpati terhadap mangsa yang cuba mendapatkan keadilan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Januari, 2021.

MAHKAMAH digesa membenarkan kes saman warga Mongolia, Nandin-Erdene Khoskhulug terhadap seorang inspektor polis dihidupkan semula dan bayaran jaminan RM70,000 dikecualikan, kata  kata dua anggota Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah dan Adun Kampung Tungku, Lim Yi Wei, dalam satu kenyataan bersama, berkata mahkamah perlu bersimpati terhadap Nandine-Erdene yang bertindak memfailkan saman terhadap Hazrul atas dakwaan serangan seksual.

Mereka berkata penting bagi Nandine-Erdene mendapatkan akses kepada keadilan yang menjadi haknya dan memberi mesej bahawa penyalahgunaan kuasa oleh pihak berkuasa harus dipandang serius oleh mahkamah.

Mereka merujuk kepada kes Nandine-Erdene dan seorang lagi wanita Mongolia yang didakwa dibawa ke sebuah hotel dan dirogol oleh seorang polis berpangkat inspektor pada 10 April 2020 di Petaling Jaya, semasa fasa pertama perintah kawalan pergerakan (PKP).

Ketika anggota polis itu menjalani perbicaraan jenayah, Nandine-Erdene bertindak memfailkan saman berhubung penahanan secara salah dan serangan seksual.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi membatalkan samannya kerana beliau tidak dapat mendepositkan bayaran RM70,000 bagi jaminan kos.

Hakim juga memerintahkan Nandine-Erdene membayar RM6,500 sebagai kos kepada anggota polis itu.

Firma guaman yang mewakili Nandine-Erdene kini mengadakan dana awam dalam talian untuk mengumpulkan RM46,500 agar saman itu dapat difailkan semula dan didengar di mahkamah. – 27 Januari, 2021.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen