Hakim semak rayuan Najib singkir Sri Ram


Hailey Chung Wee Kye

Permohonan Najib disokong oleh dua afidavit, satu diajukan oleh Najib sendiri dan yang lain oleh bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Januari, 2021.

PERMOHONAN bekas perdana menteri Najib Razak untuk menyingkirkan peguam Gopal Sri Ram dari mengetuai pendakwaan dalam perbicaraan kes gangguan laporan audit 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan diputuskan pada 15 Februari depan.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohamed Zaini Mazlan menetapkan tarikh itu setelah mendengar hujah peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah.

Zaini: Walaupun jika Sri Ram bias, beliau sendiri tidak dapat mengarahkan pendakwaan dan menyembunyikan sebarang keterangan tanpa pengetahuan pasukannya. Tidakkah kamu selesa bahawa ada TPR (Timbalan Pendakwa Raya) lain dalam pasukan? 

(TPR Ahmad Akram Gharib dan TPR Mohammad Mustaffa P Kunyalam juga berada dalam pasukan pendakwaan.)

Shafee: Tetapi Sri Ram adalah ketua, dan mereka mungkin merasa terharu kerana beliau adalah peguam berusia 71 tahun dengan pengalaman luas.

Zaini: Mereka boleh pergi ke Peguam Negara.

Shafee: Jadi mereka akan ada konflik dengan Sri Ram kerana mereka tidak boleh dilihat menentang ketua mereka.

Zaini: Jika itu yang kamu bimbangkan, tidakkah kamu dapat kemukakan bukti yang mungkin disembunyikannya di mahkamah?

Shafee: Ya, tapi sekarang kami meminta belas kasihan untuk apa sahaja yang kami dapat gunakan untuk kes ini.

Permohonan untuk membatalkan Sri Ram difailkan pada 12 Jun tahun lalu dan perbicaraan ditangguhkan sekurang-kurangnya dua kali: pada 16 Oktober 2020 kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), dan 8 Januari 2021 kerana cuti sakit Shafee.

Najib yang merupakan ahli Parlimen Pekan sedang mencari sebarang pengakuan yang ditunjukkan Sri Ram sebagai bias dan tidak adil, antara lain, dengan membuat tanggapan dan penentuan awal oleh pemohon bahkan sebelum beliau secara rasminya dituduh di mahkamah atau mana-mana arahan, yang mana mahkamah lihat sebagai sesuai untuk digunakan.

Permohonan Najib disokong oleh dua afidavit, satu diajukan oleh Najib sendiri dan yang lain oleh bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali. – 27 Januari, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen