Pemimpin penentu kejayaan atau kegagalan kerajaan, kata Dr Mahathir


Kamles Kumar

Jika pemimpin tidak mempunyai kualiti yang bagus, sistem yang terbaik juga akan gagal, kata bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Januari, 2021.

PEMIMPIN dengan kualiti yang baik adalah kunci kepada sistem pemerintahan yang cekap sekali gus menjamin kesejahteraaan rakyat, kata bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Sama ada sistem pemerintahan demokrasi, autokrasi atau monarki, kejayaan atau kegagalannya bergantung kepada pemimpin yang mentadbir, jelasnya.

“Bukan sistem itu yang menjadi masalah, tetapi orang mengendalikannya. Jika pemimpin tidak mempunyai kualiti yang bagus, sistem yang terbaik juga akan gagal.

“Katakan kita mengamalkan sistem pemerintahan beraja mutlak… tetapi jika raja itu seorang yang sangat bertimbang rasa dan mengambil berat kesejahteraan rakyat, maka sistem itu boleh berfungsi dengan baik,” katanya pada forum anjuran Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2021 secara dalam talian hari ini. 

Dialog pada sidang bertemakan “Sistem Tadbir Urus” itu disertai lima anggota panel.

Sistem demokrasi juga katanya akan rosak jika negara ditadbir oleh pemimpin yang menyalahguna kuasa.

“Demokrasi yang dikatakan sistem terbaik pernah dicipta manusia sering kali kita melihat pemimpin yang dipilih bukanlah pemimpin yang baik.

“Dia menyalah guna kuasa, melakukan perkara yang merosakkan kesejahteraan rakyat. – 26 Januari, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen