Menara Lego tertinggi Israel pecah rekod dunia


Menara Lego dibina menggunakan lebih setengah juta blok Lego berwarna-warni yang didermakan oleh penduduk bandar itu. – Gambar AFP, 28 Disember, 2017.

SEBUAH menara Lego setinggi 36 meter telah dibina oleh pekerja majlis perbandaran Tel Aviv dan sukarelawan bandar itu untuk memecahkan rekod sedia ada.

Menara itu dibina menggunakan lebih setengah juta blok Lego berwarna-warni yang didermakan oleh penduduk bandar itu.

Projek itu dilancarkan tahun lalu oleh cikgu kepada Omer Sayag, 8, yang telah meninggal dunia akibat kanser pada 2014. Sepanjang mengalami kanser, Omar menjadikan pembinaan menara Lego sebagai hobinya.

Menara itu dinaikkan di Rabin Square, tak jauh dari bangunan majlis perbandaran Tel Aviv.

Menurut Guinness World Records, rekod menara sebelum ini telah dibuat pada 2015 oleh Lego cawangan Itali setinggi 35.05 meter untuk Milan World Wxpo.

Anggota majlis perbandaran berkata, bukti termasuk gambar yang diambil menggunakan dron akan diserahkan kepada Guinness bagi mengesahkan rekod baharu itu. – AFP, 28 Disember, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen