Lombong emas meletup di timur China 


Pasukan penyelamat masih meneruskan usaha untuk mencari pelombong yang hilang.– Gambar EPA, 25 Januari, 2021.

PASUKAN penyelamat berjaya mengeluarkan 10 mayat pelombong yang maut dalam kejadian letupan lombong emas di wilayah Shandong, timur China, lapor Agensi Berita Xinhua.

Dalam kejadian pada 10 Januari di Qixia, di bandar Yantai itu 22 pelombong terperangkap di bawah runtuhan. Seramai 11 pelombong berjaya diselamatkan pada Ahad setelah terperangkap selama dua minggu, seorang lagi masih hilang, menurut taklimat media pada Isnin.

“Kami akan terus mencari pelombong yang hilang,” kata Datuk Bandar Yantai Chen Fei, sambil menambah kerja menyelamat mengalami kesukaran berikutan air bawah tanah yang dalam.

Menurut Chen, 11 pelombong yang diselamatkan telah menerima rawatan dan ujian DNA sedang dilakukan untuk mengenal pasti identiti mangsa yang maut. 

Punca kejadian masih disiasat. – Bernama, 25 Januari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen