Pelajar pulang ke kampus perlu jalani ujian Covid-19


PADA 15 Januari lalu, Menteri Kanan Keselamatan Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelajar institut pengajian tinggi dan sekolah yang ingin pulang semula ke kampus atau asrama tidak perlu menjalani ujian saringan kesihatan.

Namun ibu bapa dan penjaga kini resah dan bimbang kerana kes Covid-19 yang semakin meningkat setiap hari.

Kerajaan perlu bertindak dengan lebih agresif dan mewajibkan mahasiswa yang akan pulang ke kampus menjalani ujian saringan Covid-19 secara percuma.

Kita sedia maklum kesan ketidakcekapan kerajaan menentukan sesuatu dasar apabila seramai 36 pelajar yang ingin pulang ke asrama di Sabah didapati positif beberapa hari lalu.

Pelajar ini merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia.

Oleh demikian, dasar ini sangat penting supaya mahasiswa mempunyai ruang secukupnya untuk membuat persediaan sebelum mereka pulang ke kampus pengajian masing-masing.

Secara tidak langsung, langkah ini juga membendung risiko penularan wabak Covid-19 di institusi pengajian seluruh negara daripada individu yang dijangkiti.

Saya berharap kerajaan memandang isu ini dengan lebih serius dan melibatkan pandangan dan buah fikiran daripada seluruh pemegang taruh universiti dan pakar kesihatan. – 24 Januari, 2021.

* Firzan Hakimi naib presiden Mahasiswa PKR.

* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen