PEGAWAI kerajaan paling ramai ditangkap Komisi Pemberantasan Korupsi (KPK) Indonesia tahun ini, lapor akhbar The Jakarta Post.
KPK mengatakan pada 2017, seramai 43 daripada 120 orang yang ditahan adalah pegawai atasan kerajaan. Berbanding tahun lepas, hanya 10 pegawai ditahan.
Menurut Timbalan Pengerusi KPK Laode Muhammad Syarif, kumpulan ini paling cenderung melakukan korupsi kerana kuasa dipegang mereka.
Ahli perniagaan pula adalah kumpulan kedua teramai, 27 orang diikuti oleh wakil rakyat atau ahli majlis perbandaran seramai 20 orang ditangkap kerana kesalahan rasuah.
Peningkatan tangkapan ini disebabkan oleh rakyat mempunyai kesedaran yang lebih tinggi dan membuat laporan kepada pihak berkuasa, kata Laode lagi.
Pada tahun ini, agensi itu melakukan 19 operasi, menahan 72 suspek termasuk lapan ketua daerah. KPK juga berjaya merampas Rp 2.9 trilion (AS$203 juta) aset hasil korupsi. – 28 Disember, 2017.
Komen