Berkahwin ketika pandemik...sukar tetapi berbaloi


Hailey Chung Wee Kye

Safwana Afiqah Mahmood dan Zaim Aiman Ibrahim yang bernikah pada 8 Ogos, berkata mereka dapat berjimat kerana terpaksa mengadakan majlis lebih kecil. – Gambar ihsan Safwana Afiqah Mahmood, 22 Januari 22, 2021.

TERPAKSA menunggu lama dan melupakan “majlis kahwin impian”, pasangan berkahwin tahun lalu berkongsi pengalaman mereka sebagai galakan kepada yang bakal menamatkan zaman bujang.

Beberapa pasangan pengantin baharu memberitahu The Malaysian Insight, majlis yang dilangsungkan dalam keadaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, mengajar mereka menghargai apa yang penting dan memahami kepentingan erti cinta serta perkahwinan.

Pandemik Covid-19 menghalang perhimpunan besar diadakan sepanjang tahun di negara ini dan  pada masa itu, tiada sebarang perhimpunan dibenarkan sama sekali.

“Selepas ia berlalu, kami gembira mengadakan melangsung majlis kahwin dalam skala kecil berbanding rancangan asal untuk menjemput 300 tetamu,” kata Galilee Kuan Li Vin, 30, pembantu akaun dan pentadbiran yang berkahwin dengan Justin Ooi Han-Juan pada 11 Julai lalu.

“Dari segi kewangan, kami dapat menguruskannya dengan lebih baik. Skala yang lebih kecil juga memberi masa yang lebih berkualiti dan perbualan lebih bermakna dengan tetamu yang hadir.”

“Dan daripada menghabiskan masa dan tenaga merancang majlis kahwin, kami menggunakannya untuk mempersiapkan rumah baharu kami,” kata Kuan.

Safwana Afiqah Mahmood, 28, melahirkan kesyukuran kerana dapat melangsungkan pernikahannya pada 8 Ogos.

“Kami mengadakan dua majlis di sebelah suami (Zaim Aiman Ibrahim) dan saya.

“Ada yang terpaksa menangguhkan atau bernikah di pejabat, sementara saya berkahwin pada tarikh yang ditetapkan dan diadakan di surau. Walaupun tidak semua ahli keluarga hadir, ia berjalan lancar,” kata eksekutif itu.

Satu-satunya masalah yang mereka hadapi adalah keengganan pihak katering mengembalikan deposit sebanyak RM8,000.

“Jadi, kami terpaksa meneruskannya. Mereka juga menolak untuk menurunkan harga walaupun jumlah tetamu dikurangkan.”

Walaupun begitu, pasangan tersebut berjaya menjimatkan perbelanjaan keseluruhan dan ia digunakan untuk membeli barang keperluan rumah.

Ramai pasangan juga menyiarkan secara langsung majlis perkahwinan untuk melibatkan lebih ramai tetamu pada hari istimewa mereka. 

Galilee Kuan Li Vin dan Justin Ooi Han-Juan gembira majlis kahwin mereka berlangsung dengan penuh makna walapun dihadiri jumlah tetamu lebih kecil. – Gambar ihsan Galilee Kuan, 22 Januari, 2021.

Bagi Reuben Gen Yinn Bing, 26, berkata beliau mengalami kesukaran memutuskan siapa yang perlu dijemput memandangkan kapisiti tempat duduk yang terhad.

Beliau dan isterinya, Deborah Ngor Zhuang Xin, berkata penstriman langsung berjaya menyatukan keluarga dan rakan-rakan.

“Kami menghargai ramai rakan berbakat dan komited yang membantu kami dalam pelbagai perkara bagi majlis perkahwinan kami, seperti tugas sebagai pembantu peribadi, jurugambar, juruacara dan sebagainya.”

Ketika ditanya mengenai halangan terbesar menuju hari istimewa mereka pada 19 Disember, Gen berkata semuanya bergantung kepada prosedur operasi standard. – 22 Januari, 2021.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen