Azalina tolak sidang khas Parlimen bincang perisytiharan darurat


Ragananthini Vethasalam

hanya Yang di-Pertuan Agong boleh memanggil Parlimen bersidang seperti yang diperuntukkan ordinan darurat, kata Timbalan Speaker Dewan Rakyat Azalina Othman Said. – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 Januari, 2021.

TIMBALAN Speaker Dewan Rakyat Azalina Othman Said menolak gesaan Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan supaya sidang khas Parlimen diadakan bagi membincangkan isu berkenaan perisytiharan darurat.

Azalina dalam surat yang dilihat The Malaysian Insight berkata hanya Yang di-Pertuan Agong boleh memanggil Parlimen bersidang seperti yang diperuntukkan ordinan darurat.

“Ia wajar ditekankan bahawa fasal 14(1) ordinan yang baru saja dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini memperuntukan bahawa Parlimen hanya boleh dipanggil sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Yang di- Pertuan Agong.

“Oleh itu, pada hemat saya, kebarangkalian Yang di-Pertuan Agong memanggil satu persidangan Parlimen dalam masa terdekat ini ataupun membatalkan proklamasi dan ordinan tersebut sama sekali sangatlah tipis.

Ahli Parlimen Pengerang itu menambah, Perlembagaan Persekutuan juga menyatakan perisytiharan darurat tidak boleh dicabar di mahkamah. 

“Atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas, maka dengan segala hormatnya saya menolak dan tidak bersetuju dengan permohonan persetujuan ke atas isu tersebut seperti mana yang diminta oleh YB Pontian melalui surat bertarikh 18 Januari,” katanya dalam surat yang dihantar kepada Ahmad hari ini.

Dalam surat bertarikh semalam, Ahmad selaku setiausaha agung Umno menggesa semua ahli Parlimen Umno dan Barisan Nasional menyokong sidang khas Parlimen berhubung proklamasi darurat. – 19 Januari, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen