3,306 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini


Ravin Palanisamy

Seorang pegawai perubatan mengambil sampel swab daripada seorang wanita semasa ujian Covid-19 di Puduraya, Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 18 Januari, 2021.

MALAYSIA melaporkan 3,306 jangkitan Covid-19 baharu dalam tempoh 24 jam terakhir, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 161,740.

Ini adalah hari kelima berturut-turut Malaysia melaporkan lebih 3,000 kes sehari.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata 3,299 kes baharu adalah penularan tempatan dan tujuh kes import.

Bagi hari ke-11 berturut-turut, Selangor mencatatkan kes tertinggi berbanding negeri lain dengan 1,213 jangkitan, diikuti Sabah (432) dan Johor (329).

Selangor kini mencatatkan 48,046 kes keseluruhan sejak bermulanya wabak, sementara Sabah sebanyak 44,076.

Johor setakat ini mencatatkan 13,701 kes.

Jangkitan terbaharu ini menjadikan jumlah kes aktif negara sebanyak 38,791, dengan 226 dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU), dengan 94 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Malaysia turut melaporkan 2,293 pesakit yang pulih hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan seramai 122,344 orang.

Selain itu, terdapat empat kematian dilaporkan hari ini, dengan jumlah kematian sebanyak 605 orang.

Dua kematian dicatatkan di Selangor, dan satu di Sabah dan Terengganu.

Mangsa terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita.

Kesemua mereka mempunyai masalah kesihatan dan mangsa tertua hari ini berusia 91 tahun. β€“ 18 Januari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen