10 kluster baharu Covid-19 dikesan, 6 libat tempat kerja


Ravin Palanisamy

Ketua pengarah kesihatan berkata 327 kes dilaporkan dari kluster baharu, dan kluster tempat kerja menyumbang kepada 183 kes. – Gambar fail The Malaysian Insight, 17 Januari, 2021.

SEPULUH kluster baharu Covid-19 dikenal pasti oleh Kementerian Kesihatan hari ini, termasuk enam kluster berkaitan tempat kerja, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua pengarah kesihatan itu berkata 327 kes dilaporkan dari kluster baharu, dan kluster tempat kerja menyumbang kepada 183 kes.

Katanya lagi, kluster tempat kerja pertama adalah di Jalan Pandan Indah, di daerah Hulu Langat, Selangor.

Noor Hisham berkata 77 orang dari 87 yang disaring dalam Kluster Jalan Pandan Indah itu didapati positif Covid-19, kesemua mereka adalah dari sebuah kilang.

Kluster tempat kerja kedua pula adalah di Jalan Mawila, yang dikesan di daerah Kota Kinabalu, Sabah.

Noor Hisham berkata kes indeks dalam kluster ini adalah anggota tentera di Wisma Pelayar Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Setakat ini, 130 orang telah diperiksa dan 15 daripada mereka diuji positif Covid-19.

Katanya lagi, kluster ketiga yang berkaitan tempat kerja adalah di Jalan Perak, Johor Bahru.

Kluster ini melibatkan sebuah kilang di Taman Perindustrian Pasir Gudang dan setakat ini, 35 kes positif telah dilaporkan dari 504 orang yang disaring.

Kluster tempat kerja seterusnya adalah di Jalan Menerung, yang melibatkan daerah Lembah Pantai di Kuala Lumpur.

Noor Hisham berkata kluster tersebut dikesan di kalangan anggota keselamatan di Apartment One Menerung, Jalan Menerung, Bangsar.

26 individu telah disaring dan 23 daripada mereka telah diuji positif.

Kluster tempat kerja kelima adalah di tapak pembinaan Jalan Yap, yang dikesan di daerah Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Noor Hisham berkata, 21 orang telah diuji positif dari 47 yang disaring.

Kluster tempat kerja terakhir yang dikesan hari ini adalah di Jalan Mohammed Salleh di Labuan.

Noor Hisham berkata bahawa pesakit indeks mempunyai rekod perjalanan ke Sabah.

423 orang telah disaring di kluster tersebut, dan 12 orang diuji positif Covid-19. – 17 Januari, 2021.


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen