Pembangkang akan cabar darurat di mahkamah, kata Anwar


Anwar Ibrahim berkata bahawa beliau sebelum ini telah mengumumkan hasratnya untuk mengadu kepada Yang di-Pertuan Agong bagi mempertahankan Perlembagaan dan rakyat daripada penyalahgunaan kuasa ekoran tindakan tersebut. – Gambar fail The Malaysian Insight, 17 Januari, 2021.

PEMBANGKANG merancang untuk mencabar pengisytiharan darurat oleh Putrajaya di mahkamah, kata Anwar Ibrahim.

Pemimpin pembangkang itu berkata bahawa beliau sebelum ini telah mengumumkan tentang usaha pembangkang bagi merayu kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulis Yang di-Pertuan Agong untuk mempertahankan Perlembagaan serta rakyat dari salahguna kuasa. 

“Pasukan peguam telah ditugaskan untuk menyiapkan permohonan untuk mencabar langkah Pengisytiharan Darurat yang dibuat oleh kerajaan Muhyiddin.” katanya dalam satu catatan di Facebook hari ini.

Minggu lalu, kerajaan Perikatan Nasional, yang dipimpin Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, mengumumkan keadaan darurat kurang dari 24 jam setelah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

Sehari kemudian, Muhyiddin berkata bahawa keadaan darurat bukanlah rampasan kuasa, walaupun Parlimen, Perlembagaan Persekutuan dan pilihan raya akan ditangguhkan.

Muhyiddin berkata langkah itu akan memberi pentadbirannya lebih banyak kuasa bagi mengendalikan pandemik Covid-19. – 17 Januari, 2021.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen