Lelaki maut dipijak gajah liar di Taman Negara Khao Yai


Mangsa yang dicampak gajah sedang naik minyak itu maut di tempat kejadian. Pengunjung lain yang ketakutan melarikan diri. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Januari, 2021.

SEORANG lelaki maut dipijak gajah liar ketika sedang tidur dalam khemahnya di Taman Negara Khao Yai, wilayah Nakhon Ratchasima, Thailand hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira 2 pagi (waktu tempatan), ketika penduduk tempatan berusia 80 tahun itu sedang tidur dalam khemahnya di tapak perkhemahan Kluai Mai apabila seekor gajah jantan menyerang kawasan perkhemahan dan memijak khemahnya.

Mangsa yang dicampak gajah sedang naik minyak itu maut di tempat kejadian. Pengunjung lain yang ketakutan melarikan diri.

Saksi memberitahu pegawai taman, gajah itu menghampiri kenderaan mangsa yang diletakkan berhampiran khemah sebelum memijaknya.

Pegawai taman percaya kereta mangsa dipenuhi buah-buahan yang menarik perhatian haiwan berkenaan dan ketika gagal mendapatkan buah-buahan itu, ia mula menyerang khemah mangsa. – Bernama, 15 Januari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen