Pelajar tidak boleh dipaksa ambil ujian Covid-19, kata Ismail Sabri


Alfian Z.M. Tahir

INSTITUT pengajian tinggi tifak dibenarkan memaksa pelajar mereka mengambil ujian Covid-19 sebelum memasuki kampus atau sebelum peperiksaan, kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri berkata, beliau telah menerima banyak aduan daripada orang ramai bahawa ada beberapa institusi pengajian memaksa pelajarnya mengambil ujian saringan.

“Majlis Keselamatan Negara hari ini setuju bahawa institusi pengajian tinggi tidak dibenarkan memaksa pelajarnya mengambil ujian.

“Hanya mereka yang ada simptom sahaja perlu ambil ujian saringan,” katanya. – 15 Januari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen