JUARA dunia Formula Satu (F1) Lewis Hamilton memohon maaf susulan beliau memarahi anak saudara lelakinya kerana memakai pakaian perempuan, yang kemudiannya dikecam oleh pengguna Internet selepas video itu tersebar di media sosial, semalam.
Menerusi Instagram milik juara dunia empat kali itu, video yang berkongsi 5.7 juta pengikutnya menunjukkan anak saudara lelakinya memakai baju biru dan merah jambu sambil memegang tongkat berbentuk hati berwarna merah jambu.
“Saya sedih sekarang, lihat anak saudara saya,” kata Hamilton..
Dia kemudian bertanya kepada anak saudaranya itu,” Kenapa awak memakai gaun perempuan? Adakah ini apa yang anda dapat untuk Krismas?”
Anak saudaranya terus menjawab ya, dan Hamilton membalas, “Kenapa anda meminta baju perempuan untuk Krismas?”
Video itu yang dimuat naik sendiri oleh Hamilton menyaksikan dia menjerit ke arah anak saudaranya dengan berkata,” Lelaki tidak boleh memakai pakaian wanita”, yang kemudiannya menyebabkan kanak-kanak itu menangis dan menutup telinganya dengan tangan.
Tetapi, Hamilton kemudian memadam video itu selepas dikritik hebat di media sosial atas sikap kasarnya itu.
“Semalam saya bermain-main dengan anak saudara dan menyedari ada kata-kata saya itu tidak wajar. Jadi saya membuang video berkenaan sebagai tanda memohon maaf kepada semua.
“Saya tidak bermaksud untuk menyinggung perasaan sesiapa. Saya sangat sayang pada anak saudara dan keluarga saya,” kata Hamilton di Twitter. – AFP, 27 Disember, 2017.
Komen