Dapatkan kebenaran Nadma sebelum bantu mangsa banjir, kata Ismail


Elill Easwaran

Pasukan sukarelawan yang mahu membantu mangsa banjir perlu mendapatkan surat kebenaran daripada Nadma sebelum pergi ke lokasi kejadian. – Gambar fail The Malaysian Insight, 14 Januari, 2021.

SUKARELAWAN yang mahu menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di seluruh negara mesti terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada Badan Pengurusan Bencana Nasional (Nadma), kata Ismail Sabri Yaakob. 

“Permohonan dapat dibuat dalam talian melalui portal Nadma. Nadma akan memberitahu di mana lokasi yang memerlukan bantuan.

“Selepas diluluskan, barulah NGO dibenarkan untuk pergi ke lokasi. 

“Tanpa surat kebenaran daripada Nadma, NGO tidak dibenarkan merentas daerah dan polis berhak menahan mereka.

“Saya tidak katakan NGO negeri lain tidak dibenarkan membantu tetapi lebih baik mereka dapat membantu di dalam negeri atau daerah mereka sendiri,” katanya dalam sidang media harian hari ini. 

Perjalanan merentas daerah dan negeri adalah dilarang di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terkini.

Ismail juga berkata pihak berkuasa membuka 258 kertas siasatan berkenaan laporan palsu berkaitan Covid-19.  – 14 Januari, 2021.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen