Pandemik tingkatkan penggunaan kandungan dalam talian


Hailey Chung Wee Kye

Terdapat peningkatan mendadak dalam pengunaan internet berikutan perubahan tingkah laku pengguna ketika pandemik. – Gambar EPA 14 Januari, 2021.

KETIKA banyak sektor perniagaan terjejas akibat Covid-19, agensi media komersial dan syarikat produksi melaporkan produktivi lebih baik pada tahun 2020 berikutan peningkatan akses kepada kandungan dalam talian dan media internet.

Terdapat peningkatan mendadak dalam pengunaan teknologi ini berikutan perubahan tingkah laku pengguna, kata beberapa pemain industri.

“Dalam industri pengiklanan, digital telah diperkatakan selama bertahun-tahun. Pandemik mempercepat transformasi digital ratusan kali ganda,” kata Pengarah Urusan PHD, sebuah agensi media di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan dalam perancangan komunikasi dan jaringan pembelian media, Eileen Ooi.

Salah satu dorongannya ialah peralihan tingkah laku pengguna kepada penggunaan video dalam talian, membeli-belah dalam talian dan over-the-top (OTT) atau media yang disiarkan menggunakan Internet, yang semuanya menyaksikan lonjakan.

PHD Malaysia adalah sebahagian daripada Omnicom Media Group yang mendigitalkan operasi mereka dan beralih sepenuhnya ke pengaturan pekerjaan dari rumah sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.

“Kami telah mengatur agar sistem IT (teknologi maklumat) kami ditingkatkan, meningkatkan lebar jalur pelayan kami dan memastikan bahawa semua kakitangan mempunyai sambungan ke Internet dan pelayan dalam beberapa hari.

“Perniagaan dapat berjalan seperti biasa. Malah, PHD menyaksikan peningkatan produktiviti 20% pada tahun 2020,” kata Ooi.

Ketua Pegawai Eksekutif Core Studios Bryan Lim berkata sebelum wabak itu, pengaturan dan pilihan teknologi masih tiada untuk syarikat penyiaran dan penerbitan media.

Namun syarikat lama juga terpaksa menyesuaikan diri dengan digital dan menggunakan lebih banyak platform dalam talian untuk menjalankan operasi mereka, katanya.

Walaupun industri mengalami kenaikan pada awal tahun 2020, perniagaan meningkat sebelum tahun berakhir. – 14 Januari, 2021.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen