Sarawak akan guna dron untuk kawal sempadan, kata Masing


Desmond Davidson

Perolehan mesin dan peralatan itu bertujuan memperketatkan penjagaan sempadan memandangkan ramai warga Indonesia melintasi perbatasan secara haram untuk mencari pekerjaan di negeri itu. – Gambar EPA, 13 Januari, 2021.

JAWATANKUASA keselamatan sempadan Sarawak akan menggunakan dron untuk membantu polis, tentera dan agensi berkaitan untuk mempertingkatkan keselamatan di sempadan Sarawak-Kalimantan yang poros.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak James Masing berkata, dana untuk membeli dron berkapasiti tinggi dan peralatan lain seperti pengarau (scrambler) mudah alih, kenderaan untuk pelbagai rupa bumi dan pacuan empat roda akan dipohon dari jawatankuasa pengurusan bencana negeri.

Masing berkata demikian setelah mempengerusikan mesyuarat bagi mencari jalan menutup sempadan dengan lebih baik. Jawatankuasa sempadan adalah unit jawatankuasa pengurusan bencana.

Masing berkata, perolehan mesin dan peralatan itu bertujuan memperketatkan penjagaan sempadan memandangkan ramai warga Indonesia melintasi perbatasan secara haram untuk mencari pekerjaan di negeri itu.

Masing, dalam pertemuan mesyuarat pertama tahun ini berkata, untuk mengurangkan import virus dari negara jiran, sangat penting bagi Sarawak untuk menjaga keamanan sempadannya.

Peningkatan keselamatan juga bagi mengekang penyeludupan manusia, tambahnya. β€“ 13 Januari, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen