Malaysia catat 2,985 kes baharu Covid-19, 4 kematian 


Noel Achariam

Orang ramai memakai pelitup muka ketika mendapatkan barangan keperluan harian pada hari pertama pelaksanaan PKP di Kota Kinabalu, Sabah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 13 Januari, 2021.

MALAYSIA hari ini merekodkan 2,985 kes baharu Covid-19 yang mana kebanyakan kes dilaporkan di Selangor, Sabah dan Johor - semua negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu 837 kes. 

“Daripada jumlah ini, 605 kes adalah dari kluster dan ujian saringan kontak rapat yang dijalankan di lapangan. 

“Ini diikuti Johor dengan 535 kes dan Sabah dengan 450 kes,” katanya di Putrajaya hari ini. 

Beliau juga berkata negara turut merekodkan empat kes kematian baharu hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian 563. 

Noor Hisham berkata 944 pesakit pulih dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah kumulatif pesakit pulih kepada 111,578 kes.

Beliau berkata jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah 144,518 dengan 32,77 kes aktif.

“Daripada jumlah keseluruhan kes positif, dua ks adalah kes import manakala penularan tempatan adalah 2,983 kes.

“Bagi kes penularan domestik 2,109 adalah warga Malaysia dan 87 kes adalah warga asing.”

Setakat ini, 197 kes positif dirawat di unit rawatan rapi yang mana 79 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. – 13 Januari, 2021.

 


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen