Muhyiddin utamakan negara dari politik, kata pemimpin Bersatu


Kamles Kumar

PERDANA Menteri Muhyiddin Yassin membuat pengisytiharan darurat untuk mengekang penyebaran wabak Covid-19, bukan untuk melindungi politiknya sendiri, kata pemimpin Bersatu.

Ketua Pemuda Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata keputusan untuk mengisytiharkan darurat adalah dengan persetujuan penjawat awam dan dilakukan demi kepentingan semua pihak di negara ini. 

“Pengisytiharan ini adalah untuk menjaga kepentingan masyarakat terhadap kesihatan dan keselamatan. Keputusan dibuat berdasarkan kata sepakat oleh Kabinet dan penjawat awam. Tidak ada politik sama sekali,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insight. 

Senator itu menambah, Muhyiddin tidak meyakinkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tetapi Agong memahai betapa besarnya wabak itu.

Sultan Abdullah memperkenan permohonan Putrajaya untuk mengisytiharkan darurat sehingga 1 Ogos selepas kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk negeri-negeri tertentu.

Selepas persetujuan diberikan Muhyiddin berkata darurat itu bertujuan memberi kerajaan lebih banyak kuasa untuk memerangi Covid-19.

“Parlimen akan ditangguhkan sepanjang darurat dan tidak akan ada pilihan raya kecil atau pilihan raya negeri serta nasional,” katanya dalam siaran langsung di televisyen hari ini.

Ketika dalam darurat, kerajaan diberi kuasa untuk menggubal undang-undang baharu bagi memerangi wabak ini dengan lebih efektik.

Muhyiddin menafikan beliau menggunakan darurat untuk terus berkuasa selepas hilang sokongan majoriti minggu ini. – 12 Januari, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen