Boleh pulang ke kampung semasa PKP, kata Ismail Sabri


Hailey Chung Wee Kye

Bagi mereka yang sudah membeli tiket penerbangan, kereta api dan bas untuk pulang ke kampung dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh melakukannya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 12 Januari, 2021.

MEREKA yang sudah membeli tiket penerbangan, kereta api dan bas untuk pulang ke kampung dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh melakukannya, kata Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob.

“Bagi mereka yang sudah membeli tiket penerbagan, kereta api dan bas ekpres, kementerian tidak akan menyekat perjalanan mereka.

“Sekiranya ada ibu bapa yang ditinggalkan sendirian di kampung halaman, diharap dapat memenuhi keperluan mereka.

“Tolong pulang segera, jika boleh pada Jumaat ini,” katanya.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa PKP akan dilaksanakan di enam negeri bermula esok sehingga 26 Januari bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Di bawah prosedur operasi standard, perjalanan antara daerah dan negeri dilarang tetapi Ismail Sabri hari ini berkata mereka tidak akan melarang orang ramai melakukan perjalanan sekiranya mereka sudah membeli tiket lebih awal. 

Beliau berkata pergerakan bantuan boleh disalurkan ke kawasan banjir tetapi mesti mendapat kebenaran daripada polis.

“Bencana itu mesti dilaporkan supaya pihak berwajib di daerah ini mengetahui keadaannya.

“Walaupun tidak wajib, mereka yang membantu ini digalakkan untuk menjalani ujian Covid-19.” katanya.

Ini bagi mencegah virus daripada menjangkiti orang yang mereka bantu, tambahnya. – 12 Januari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen