8 kluster baharu dikesan hari ini


Ravin Palanisamy

Enam negeri akan dikenakan PKP bermula Rabu ini susulan lonjakan kes baharu Covid-19. – Gambar fail The Malaysian Insight, 11 Januari, 2021.

KEMENTERIAN Kesihatan melaporkan lapan kluster baharu hari ini, menjadikan jumlah kluster aktif di negara ini kepada 258, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, kluster pertama yang dikesan adalah Jalan Keluli, yang berkaitan dengan tempat kerja dan tersebar di daerah Kota Tinggi, Johor Bahru serta daerah Segamat di Johor.

Sebanyak180 orang yang disaring di sini dan 42 orang daripada didapati positif Covid-19.

“Kluster melaporkan kes positif mulai 30 Disember 2020 selepas pemeriksaan yang dilakukan di sebuah kilang terletak di Taman Perindustrian Pasir Gudang, Johor,” kata Noor Hisham dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kluster kedua yang dikesan adalah Medan Idaman, satu lagi kluster berkaitan dengan tempat kerja, yang melibatkan daerah Cheras dan Titiwangsa di Kuala Lumpur.

Kluster ini melaporkan kes positif sejak 6 Januari, selepas pemeriksaan saringan yang dilakukan di sebuah pasar raya di Medan Idaman.

Sehingga hari ini, beliau berkata 10 individu dilaporkan positif dalam kluster ini daripada 84 orang yang disaring.

Noor Hisham berkata, kluster Jelita pulas dikesan di daerah Miri, Sarawak.

Lapan didapati positif daripada 54 orang yang disaring.

Noor Hisham berkata kes indeks bagi kluster ini positif Covid-19 pada 5 Januari, susulan saringan rentas negeri dari Melaka.

Beliau berkata kluster keempat yang dilaporkan adalah Kampung Renok, di daerah Gua Musang, Kelantan.

Kes indeks dalam kluster ini mempunyai sejarah perjalanan ke Selangor.

Sehingga hari ini, sebanyak 23 individu daripada 73 yang disaring telah diuji positif Covid-19.

Katanya, Kampung Getting adalah kluster kelima yang dikesan hari ini dan ia melibatkan daerah Tumpat, juga di Kelantan.

Kes indeks dilaporkan positif pada 6 Januari selepas saringan rentas negeri dari Pulau Pinang.

Sebanyak 11 kes dilaporkan positif virus daripada 35 yang disaring.

Noor Hisham berkata kluster keenam yang dilaporkan hari ini adalah Lumut Barat, yang melibatkan kem di daerah Manjung, Perak.

Beliau berkata 11 individu daripada 121 yang disaring telah diuji positif virus dalam kluster ini.

Kes indeks dalam kluster ini mempunyai sejarah perjalanan ke Kuala Lumpur.

Kubang Bujuk adalah kluster berikutnya dalam senarai dan ia melibatkan pusat pembelajaran agama di daerah Kubang Bujuk di Kuala Terengganu.

Seramai 45 orang disaring dan hasilnya 10 dilaporkan positif Covid-19.

Kluster terakhir yang dilaporkan hari ini adalah Kejaya, yang melibatkan daerah Dungun di Terengganu.

Noor Hisham berkata, ia melibatkan penduduk di Felda Kerteh 4, Ketengah Jaya, Dungun.

Sembilan kes positif dikenal pasti daripada 95 orang yang disaring.

Sebanyak 124 kes dilaporkan daripada lapan kluster yang dikesan hari ini.

Daripada 258 kluster aktif, 68 kluster masih melaporkan kes baharu yang aktif.

Noor Hisham berkata kluster yang melaporkan kes tertinggi hari ini adalah Tembok Choh dengan 157 kes, Teratai (83 kes) dan Beringin (48 kes).

Kementerian Kesihatan juga melaporkan empat kluster tamat hari ini, menjadikan jumlah kluster yang tamat sebanyak 336.

Ia adalah kluster tapak pembinaan Jalan Kemang, Taman Bunga, Damar Laut dan Awan Baru.

Susulan peningkatan kes Covid-19 di Malaysia, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata perintah kawalan pergerakan (PKP) di enam negeri akan dilaksanakan dari 13 hingga 26 Januari. – 11 Januari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen