Penjual ganja ‘berdengung’ tersilap masuk kereta polis yang disangkanya teksi  


Christiana merupakan wilayah anarkis, separuh autonomi, di Denmark. Wilayah itu diasaskan oleh pergerakan hippies pada 1970-an dan mempunyai sejarah panjang mengedar dadah secara terbuka. – Gambar AFP, 26 Disember, 2017.

SEORANG penjual dadah yang membawa ganja banyak tersilap masuk ke dalam kereta polis yang disangkanya kereta teksi, kata polis Denmark.

“Semalam, seorang penjual kanabis dari Christiana yang kelam kabut hendak pulang, temasuk dalam teksi. Terkejut besar dia bila tersedar kereta yang dinaikinya itu kereta polis, bukan teksi,” kata polis Copenhagen melalui laman Twitter.

Christiana merupakan wilayah anarkis, separuh autonomi, di ibu negara Denmark. Wilayah itu diasaskan oleh pergerakan hippies pada 1970-an dan mempunyai sejarah panjang mengedar dadah secara terbuka.

Menurut polis, lelaki yang ditahan itu mempunyai 1,000 balutan ganja bersamanya.

Polis berkata, lelaki itu boleh dipenjarakan. – AFP, 26 Disember, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen