Johor tertinggi rekod 1,103 kes baharu Covid-19


Ravin Palanisamy

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 1,043 kes Covid-19 di Johor dikesan daripada kluster dan saringan kontak rapat. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Januari, 2021.

JOHOR mengatasi Selangor dalam bilangan kes harian Covid-19 dengan 1,103 kes daripada 3,027 yang direkodkan di seluruh negara hari ini.

Negeri itu sehingga kini mencatat 9,002 kes sejak pandemik Covid-19 mula melanda negara.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 1,043 kes Covid-19 di Johor dikesan daripada kluster dan saringan kontak rapat di lapangan.

Kali terakhir Johor merekod angka harian tertinggi adalah pada 30 Disember lalu, dengan 607 kes.

Selangor mengikuti di belakang Johor hari ini dengan 706 kes, kemudian Sabah dengan 493 kes.

Dalam tempoh 24 jam yang lalu Malaysia melaporkan 3,027 kes Covid-19, yang tertinggi untuk dua hari berturut-turut. Semalam Malaysia merekodkan 2,593 kes. – 7 Januari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen