PRESIDEN Israel, Benjamin Netanyahu pada Isnin meraikan keputusan Guatemala memindahkan kedutaannya ke Baitulmaqdis, mengatakan negara lain akan mengikuti tindakan kontroversi Washington itu.
“Negara lain akan mengiktiraf Baitulmaqdis dan mengumumkan pemindahan kedutaan mereka. Dua negara melakukannya dan saya ulang: akan ada yang lain, ia hanya permulaan yang penting,” kata Netanyahu dalam satu kenyataan.
Pengumuman Guatemala pada Ahad berlaku selepas Majlis Keselamatan PBB meluluskan usul menolak tindakan kontroversi Presiden AS Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel. – AFP, 25 Disember, 2017.
Komen