BOMBA sudah menemui “sejumlah” 36 mayat dalam kejadian kompleks beli belah terbakar di selatan Filipina, kata pegawainya pada Isnin.
Ketua Biro Perlindungan Kebakaran Daerah, Wilberto Rico Neil Kwang Tiu memberitahu ahli keluarga yang berkumpul di tempat kejadian yang dia sendiri mengira “sejumlah 36” mayat di lobi pejabat yang hangus terbakar di kompleks beli belah NCCC di Davao.
Datuk Bandar, Sara Duterte sebelum ini mengatakan 38 orang hilang dan dipercayai terbunuh dalam kebakaran itu. Satu mayat yang belum dikenal pasti sudah ditemui pada Ahad. – AFP, 25 Disember, 2017.
Komen