Enggan berbalah dengan Dr M, Anwar mahu rangkul parti sama prinsip


Alfian Z.M. Tahir

Anwar mahu Pakatan Harapan bersikap terbuka dengan mana-mana pihak selagi parti itu menolak rasuah, dan menjunjung dasar pentadbiran yang baik. – Gambar The Malaysian Insight, 3 Januari, 2021.

KETUA Pembangkang, Anwar Ibrahim enggan berbalah dengan Dr Mahathir Mohamad susulan kritikan bekas perdana menteri itu terhadapnya awal minggu ini.

Bercakap kepada pemberita selepas satu acara di Kuala Lumpur, Anwar menegaskan bahawa Pakatan Harapan terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang menjunjung tinggi dasar tatakelola yang baik.

“Takpalah.. Apalah sibuk dengan Tun M. Takpa mungkin minggu depan dia tukar lagi. Kita tengok,” kata Anwar kepada media ketika beliau berulang kali diminta untuk memberi respons terhadap kritikan Dr Mahathir.

“Yang penting ph ambil sikap terbuka sesiapa shj atau mana2 parti yg terima dasar tatakelola baik good governance tolak korupsi. Guna kuasa utk kelompok dan keluarga kalau setuju ini semua kita rangkul. 

“Saya setuju bukan dengan orang atau parti saya setuju dengan prinsipnya,” jelas Anwar. – 3 Januari, 2021.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen