Pengacara Larry King positif Covid-19


CNN melaporkan Larry King, 87, ditahan sejak seminggu yang lalu di Cedars Sinai Medical Center di Los Angeles. – Gambar EPA, 3 Januari, 2021.

BEKAS pengacara bual bicara Larry King dirawat di hospital selepas didapati positif Covid-19, lapor media tempatan semalam.

CNN melaporkan King, 87, juga menghidap diabetes tahap 2 dan masalah kesihatan lain termasuk penyakit jantung, ditahan sejak seminggu yang lalu di Cedars Sinai Medical Center di Los Angeles.

Sepanjang perjalanan kariernya, King pernah menemu bual presiden-presiden Amerika Syarikat dari 1974 dan pemimpin dunia lain seperti Yasser Arafat dan Vladimir Putin, serta selebriti terkemuka termasuk Frank Sinatra, Marlon Brando dan Barbra Streisand.

King cukup terkenal dengan rancangan bual bicara “Larry King Live” yang disiarkan di CNN selama 25 tahun sejak 1985. Beliau bersara pada 2010.

Bagaimanapun, beliau kembali semula mengacara pada 2012 menerusi “Larry King Now” di saluran digital Ora TV, yang mana beliau adalah pengasas bersama.

King kemudian mula mengacarakan rancangan “Politicking with Larry King” pada 2013, juga di Ora TV. – AFP, 3 Januari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen