JUMLAH kematian taufan yang menyebabkan tanah runtuh dan banjir di selatan Filipina meningkat kepada 240 dan beratus lagi masih hilang, kata pegawai pada Isnin.
Ribut Taufan Tembin pada Jumaat melanda selatan Mindanao pada Jumaat. Setiap tahun kepulauan itu menjadi sasaran sehingga 20 jenis taufan.
Pegawai pertahanan awam mengatakan jumlah kematian rasmi kerana Taufan Tembin di Semenanjung Zamboanga, Mindanao meningkat kepada 78 orang, sementara 27 lagi terbunuh di daerah Lanao del Sur.
Taufan itu membunuh 135 orang di kawasan utara pulau itu, kata polis lagi.
Pasukan penyelamat masih mencari 107 orang yang dilaporkan hilang di kawasan tersebut. Ramai yang dibimbangi terbunuh ditimpa tanah runtuh dan banjir kilat yang menghanyutkan dan menimbus ratusan rumah hujung minggu lepas.
Pegawai mengatakan hampir 13,000 keluarga terdiri daripada sekurang-kurangnya 52,000 orang masih berada di pusat pemindahan pada Hari Krismas.
Tembin bergerak ke Laut China Selatan pada pagi Ahad dan ramalan kaji cuaca memberi amaran yang ia akan melanda selatan Vietnam pada Isnin.
Dua lagi taufan juga menyebabkan kematian di Minadano menurut rekod kerajaan.
Taufan Bopha menyebabkan 1,900 orang terbunuh atau diisytiharkan hilang di timur Mindanaoi pada Disember 2012, dan Taufan Washi membunuh 1,080 orang di utara Mindanao pada Disember 2011.
Taufan paling buruk melanda negara itu adalah Haiyan yang menyebabkan lebih daripada 7,350 terbunuh atau hilang dan memusnahkan bandar di tengah Filipina pada November 2013. – AFP, 25 Disember, 2017.
Komen