Budak perempuan 11 tahun nasihat ahli Parlimen berhubung isu alam sekitar 


Hailey Chung Wee Kye

Alyaa Harith, 11, bersama Ahli Parlimen Subang Jaya Wong Chen selepas mengadakan pertemuan di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Subang Jaya. – Gambar Facebook, 3 Januari, 2021.

SEORANG budak perempuan berusia 11 tahun membuat ahli Parlimen dan pegawainya terpesona ketika dia berkongsi pandangan dan pemikirannya mengenai isu-isu alam sekitar melalui persembahan PowerPoint selama 10 minit, minggu lalu.

Sebulan lalu Alyaa Harith mengirim surat kepada Ahli Parlimen Subang Jaya Wong Chen berkenaan kekurangan tong kitar semula dan bagaimana sistem pengurusan sampah di kawasannya tidak memiliki kemudahan untuk kitar semula plastik.

Beberapa cadangan Alya kini diberikan kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya dan Wong berjanji akan mengikuti perkembangannya dari semasa ke semasa. 

Alyaa, yang bersekolah di rumah berkata beliau memberitahu Wong perlu ada lebih banyak tong kitar semula dengan pusat kitar semula di setiap kawasan dalam Parlimennya. 

“Saya tinggal di SS19 dan perlu membawa barangan kitar semula saya ke SS17. Jadi mungkin ia berkesan, menjadikan kitar semula mudah kepada orang ramai,” katanya kepada The Malaysian Insight. 

Beliau turut mencadangkan untuk mengadakan hari bebas plastik, akses lebih mudah untuk meletakkan mesej mengenai pencemaran, membantu kelab alam sekitar di sekolah dan memberi lebih banyak kesedaran menerusi aktiviti dalam talian. 

“Sistem pengurusan buangan kita tidak ada apa yang perlu untuk asingkan plastik. 

“Plastik yang kita buang terus ke tapak pelupusan, kebanyakan tapak pelupusan ini berhampiran laut, yang bermakna sampah ini boleh melimpah terus ke laut,” kata Alya yang mrupakan anak kepada pakar bedah dan pakar psikiatri.

Kesedaran terhadap isu alam sekitar timbul selepas menyertai program Tide Turners Plastic Challenge oleh Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu dengan Pandu Puteri Malaysia. 

“Patrol saya, enam orang termasuk saya, ,memberi kesedaran di saluran media sosial sejak Oktober,” katanya, dan menambah amalan mudah yang sering ditekankan adalah untuk mengitar semula. 

“Tidak susah untuk kitar semula, namun ada yang tidak mahu membeli tong tambahan atau sediakan ruang untuk barangan kitar semula. 

“Kita lebih memilih untuk membuang semua dalam satu tong, bawa sampah keluar dan seolah-olah kita takkan jumpanya lagi.” – 3 Januari, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen