3 tentera Perancis terbunuh di Mali


Seramai 47 tentera Perancis terbunuh di Mali sejak negara itu pertama kali melakukan campur tangan ketenteraan pada Januari 2013 bagi membantu menghalau militan yang menguasai sebahagian negara Afrika barat. – Gambar EPA, 29 Disember, 2020.

TIGA tentera Perancis terbunuh di Mali semalam apabila kenderaan perisai dinaiki mereka diserang sebuah alat letupan di wilayah Hombori di tengah negara Sahel, kata presiden Perancis.

Kematian itu menjadikan seramai 47 tentera Perancis terbunuh di Mali sejak negara itu pertama kali melakukan campur tangan ketenteraan pada Januari 2013 bagi membantu menghalau militan yang menguasai sebahagian negara Afrika barat.

Presiden Emmanuel Macron dalam satu kenyataan menyampaikan salam ingatan dengan penuh hormat kepada tentera yang terbunuh.

Beliau berkata Perancis tekad untuk terus memerangi keganasan.

Pasukan Barkhane Perancis yang mempunyai 5,100 tentera memerangi kumpulan militan bersama tentera dari Mauritania, Chad, Mali, Burkina Faso dan Niger yang sama-sama membentuk kumpulan Sahel G5. – AFP, 29 Disember, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen