Sambutan Tahun Baharu tempat umum tidak dibenarkan, kata Ismail Sabri 


Noel Achariam

Sambutan Tahun Baharu secara persendirian bersama keluarga dibenarkan.– Gambar fail The Malaysian Insight, 28 Disember, 2020.

SAMBUTAN Tahun Baharu secara perhimpunan tidak dibenarkan tahun ini,” kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, sambutan Tahun Baharu ada banyak cara dan bukan di tempat umum.

“Sambutan secara persendirian, dengan keluarga di rumah memang kita tidak haramkan.

“Tetapi sambutan secara perhimpunan memang kita tidak pernah benarkan,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Ismail Sabri berkata sambutan dan perhimpunan masih lagi dalam senarai terlarang atau dalam senarai negative list. 

“Dulu ada sambutan di KLCC misalnya, perkara itu memang tidak dibenarkan kerana ia melibatkan perhimpunan. 

“Kerana penjarakan sosialnya tidak dapat dikawal.”– 28 Disember, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen