Pusat Kuarantin MAEPS tambah lebih 3,000 lagi katil 


Pembukaan dewan baharu di MAEPS adalah susulan peningkatan kes Covid-19.– Gambar fail The Malaysian Insight, 28 Disember, 2020.

KEMENTERIAN Kesihatan menambah jumlah katil sebanyak 3,032 menjadikan jumlah keseluruhan 6,132 katil untuk fasa kedua di pusat kuarantin di  Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Rohaizat Yon menerusi Twitter berkata pembukaan dewan baharu di MAEPS adalah susulan peningkatan kes Covid-19.

“Kapasiti katil mungkin akan ditingkatkan sehingga 10,000 katil mengikut keperluan semasa,” katanya.

Dr Rohaizad berkata PKRC MAEPS 2.0 dibuka semula pada 9 Disember lalu untuk menampung pesakit tahap 1 dan 2 bukan warganegara.

Terdahulu hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata individu yang disahkan positif Covid-19 namun tidak bergejala perlu mengasingkan diri di rumah selama beberapa hari sebelum dibawa ke hospital berikutan kekurangan katil.

Dr Noor Hisham berkata berikutan jumlah kes yang tinggi, terdapat masalah logistik untuk membawa pesakit ke hospital.

“Ini juga berlaku di Sabah. Kita bercakap tentang lebih 1,000 kes sehari. Ini kerana peningkatan saringan dalam kalangan pekerja asing dan dijangka lebih banyak lagi kes dikesan.

“Pekerja asing perlu diasingkan..kita ada ribuan di sini. Kita akan tingkatkan jumlah katil kepada 10,000, kata Dr Noor Hisham. – 28 Disember, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen