OMAN memulakan pemvaksinan Covid-19 pada Ahad, dua hari lebih awal dari rancangan asal bagi menyambung semula semua penerbangan dan membuka kembali sempadan yang ditutup.
Negara itu yang mencatatkan jumlah kematian kedua Covid-19 tertinggi di Teluk setelah Arab Saudi merupakan negara yang terakhir dari Negara Kerjasama Teluk (GCC) yang memulakan proses pemvaksinan.
Seperti kebanyakan jirannya, Oman memilih vaksin Pfizer-BioNTech.
Menteri Kesihatan Ahmed Al-Saidi, salah satu warga pertama yang mendapat suntikan vaksin berkata, keutamaan akan diberikan kepada pekerja kesihatan barisan hadapan dan rakyat yang mudah terdedah.
Oman setakat ini mencatat lebih daripada 128.,000 kes Covid-19, dengan 1,495 kematian. Ini adalah yang tertinggi selepas Arab Saudi yang mencatatkan lebih dari 6,000 kematian.
Bersama dengan Arab Saudi dan Kuwait, Oman menangguhkan perjalanan komersial dan melarang keluar-masuk pintu sempadan darat dan laut mereka minggu lalu setelah virus jenis baharu muncul di Britain.
Arab Saudi masih belum mengumumkan sama ada akan menarik penangguhan minggu ini, sementara Kuwait berkata ia merancang untuk membuka semula sempadan pada 1 Januari 2021. – AFP, 27 Disember, 2020.
Komen