Parti ketengah lebih ramai calon muda pada PRU15, kata penganalisis


Kamles Kumar

Kebanyakan parti politik dijangka mengetengahkan calon lebih muda pada pilihan raya akan datang. – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 Disember, 2020.

PARTI politik akan mengetengahkan lebih ramai calon muda pada pilihan raya umum akan datang bagi mengambil kesempatan dengan pendaftaran pengundi secara automatik dan perubahan umur mengundi yang lebih rendah, kata penganalisis.

Menurut mereka, walaupun peruntukan untuk had umur baharu belum sedia pada pilihan raya akan datang, parti politik akan tetap meletakkan calon muda, namun berdepan dengan kerusi yang lebih sukar untuk dimenangi.

James Chin, seorang pakar dalam tadbir urus Asia di University Tasmania di Australia berkata parti politik biasanya akan mengetengahkan calon muda di kerusi yang biasanya sukar dimenangi bagi memberi mereka pengalaman.

“Kebanyakan parti politik akan meletakkan calon muda hanya untuk pertunjukan. Mereka biasanya akan diberikan kerusi yang tidak boleh menang atau sukar untuk menang. Pada pilihan raya umum akan datang, kebanyakan parti akan melakukannya lagi,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Had umur mengundi untuk warga Malaysia diturunkan dari 21 tahun ke 18 tahun yang diwartakan tahun lalu. Had umur calon bertanding juga diturunkan dan sistem pendaftaran pengundi automatik turut dilaksanakan.

Bagaimanapun, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)  ia memerlukan masa untuk menyederhanakan data antara Jabatan Pendaftaran Negara dan daftar pemilih untuk mengelakkan kesilapan teknikal. Ini dijangka siap paling awal pada Julai 2021.

Kebanyakan belia di bandar sudah tidak berminat dengan politik serta lebih cenderung untuk  tidak mengundi pada pilihan raya umum akan datang.– Gambar fail The Malaysian Insight, 28 Disember, 2020.

Pendaftaran pengundi secara automatik dijangka akan menambah sekitar tiga hingga lima juta belia dalam daftar pemilih.

Bagaimanapun masih tidak jelas sama ada semua ini akan mmberi kelebihan kepada parti politik, kata Chin.

Beliau menjelaskan pasaran belia sukar dijangka dan menurut kajian sebelum ini, kebanyakan beliau tidak terlalu berminat dengan politik.

“Pasaran belia, kita tidak tahu bagaimana pasaran itu sendiri. Kajian sebelum ini mencadangkan ia sangat sukar untuk mendapatkan undi golongan muda kerana mereka lebih berminat dengan perkara lain,” katanya.

Kelebihan PAS dan Umno

Felo kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura Dr Oh Ei Sun turut bersetuju dan berkata belia bandar dihalang dengan politik kerana kebanyakan mereka mengundi Pakatan Harapan pada pilihan raya lalu, hanya untuk gabungan itu tumbang selepas 22 bulan memerintah.

“Masalahnya ialah kebanyakan pengundi muda bandar tidak berminat untuk keluar mengundi. Mereka tidak suka dengan politik terutamanya selepas PH tumbang dengan mudah.

“Kenapa bersusah payah? Mereka memilih calon yang boleh dipercayai sebelum ini tetapi pada akhirnya, calon digulingkan oleh orang yang tewas dalam pilihan raya,” katanya.

Oh bagaimanapun berkata, jika peraturan baru dilaksanakan pada pilihan raya akan datang, pemenang terbesar adalah PAS dan Umno kerana jumlah pemuda di luar bandar lebih banyak daripada yang ada di kawasan bandar.

“Ia akan menguntungkan PAS dan Umno. Tiga juta pengundi baru masuk, sebahagian besar dari mereka adalah di kawasan luar bandar. – 28 Disember, 2020.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen