PENCARIAN sonar untuk sebuah kapal selam Argentina dengan 44 anak kapal yang hilang pada 15 November telah menemui isyarat baharu di Atlantik Selatan, menurut angkatan tentera laut.
Semalam, angkatan tentera laut mengumumkan ia akan disiasat kapal selam Rusia, Panther Plus yang dikendalikan secara jarak jauh, manakala penyelidikan oseanografi Amerika Syarikat, Atlantis terus meneroka kawasan pencarian.
Argentina menerima bantuan dari 13 negara dalam usaha pencarian kapal selam San Juan itu.
Negara itu putus harapan untuk mencari mangsa yang terselamat dan hanya menumpukan pencarian kapal selam yang menurut mesej terakhirnya melaporkan sistem ventilasinya dimasuki air laut hingga menyebabkan berlaku litar pintas dan berlaku kebakaran.
Satu bunyi luar biasa juga didengari di dalam laut berhampiran kedudukan terakhir San Juan, tiga jam selepas isyarat terakhirnya, “seperti dengan satu letupan”, kata angkatan tentera laut pada akhir November.
Susulan tragedi ini, ketua angkatan tentera laut Argentina Laksamana Marcelo Srur dipecat awal bulan ini. – AFP, 24 Disember, 2017.
Komen