RANCANGAN untuk membina asrama yang mampu memuatkan 35,000 pekerja asing di Pulau Pinang, dan disebut-sebut terbesar di negara ini, sedang diusahakan, kata Desa Jagdeep Singh Deo.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa negeri itu berkata cadangan pembinaan projek di Teluk Kumbar itu akan diteliti dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Perancang Negeri akan datang.
“Selasa lalu kami menerima cadangan terbaharu untuk membina asrama pekerja asing terbesar di Pulau Pinang, malah di Malaysia.
“Asrama akan dibina di atas tanah seluas 4 hektar. Ia akan mempunyai 2,100 bilik dengan 35,000 katil,” katanya dipetik The Star.
Setiap bilik akan menempatkan 16 katil, tambah beliau.
Pulau Pinang ketika ini mempunyai dua asrama pekerja asing, iaitu di Bukit Minyak dan Batu Maung.
Asrama di Batu Maung mempunyai kapasiti sehingga 8,500 katil, manakala Bukit Minyak sekitar 6,600 katil.
Isu penempatan pekerja asing menjadi tumpuan susulan kebanyakan kluster Covid-19 dikesan di tapak pembinaan dan kilang. – 25 Disember, 2020.
Komen