Korea Utara bantah sekatan baharu PBB 


Pelancaran ujian terbaharu ICBM Hwasong-15 tdilihat mampu mengenai semua bandar utama Amerika Syarika sehingga mencetuskan amaran global.– Gambar EPA, 24 Disember, 2017.

KOREA Utara membantah sekatan baharu yang dikenakan oleh Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) susulan ujian peluru beroandu yang disifatkan sebagai “tindakan perang” pada Ahad, sebagai maklum balas pertama terhadap gerakan diplomatik pertama untuk menghukum Pyongyang.

Ketegangan memuncak di semenanjung Korea apabila rejim utara mempertingkatkan ujian bom nuklear dan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM)—yang terbaharu adalah pada 29 November. 

Pelancaran ujian terbaharu ICBM Hwasong-15, dilihat mampu mengenai semua bandar utama Amerika Syarikat, sehingga mencetuskan amaran global berikutan kemajuan teknologi senjata negara itu. 

“Kami menilak sepenuhnya sekatan PBB..sebagai pelanggaran kejam kedulatan republik kami dan tindakan perang yang akan memusnahkan keamanan dan kestabilan di semenanjung Korea dan wilayah lain,” kata kementerian luar Pyongyang dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita KCNA. 

Kenyataan Pyongyang itu dibuat sehari selepas Majlis Keselamatan PBB meluluskan, sekatan yang didrafkan oleh AS bagi menyekat bekalan minyak yang penting untuk negara itu. 

Sekatan ketiga ke atas negara itu dibuat tahun ini, yang dicetuskan oleh ujian ICBM bulan lalu, turut menerima sokongan China yang merupakan sekutu Koera Utara dan talian hayat ekonominya. 

Sekatan itu turut mengarahkan penghantaran semula pekerja Korea Utara yang dihantar ke luar negara bagi menjana pendapatan kepada rejim Kim Jong-un. 

Program senjata negara itu membuat kemajuan yang signifikan sejak Kim mengambil alih pada 2011. – AFP, 24 Disember, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen