Majikan dikenakan tindakan jika gagal hantar pekerja asing ujian Covid-19


Noel Achariam

Tindakan tegas akan dikenakan terhadap majikan yang gagal menghantar pekerja warga asing menjalani ujian saringan Covid-19, kata menteri. – Gambar fail The Malaysian Insight, 24 Disember, 2020.

PUTRAJAYA akan mengambil tindakan undang-undang terhadap majikan yang gagal menghantar pekerja warga asing mereka untuk menjalani ujian saringan Covid-19, kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob.

Beliauan berkata Kementerian Sumber Manusia sudah memaklumkan Majlis Keselamatan Negara bahawa masih ramai majikan belum menghantar pekerja warga asing menjalani ujian itu.

“Bermula 1 Januari, 2021 Putrajaya akan mengambil tindakan tegas terhadap majikan terbabit.

“Tindakan undang-undang akan diambil dan kompaun dikenakan terhadap majikan jika gagal mematuhi arahan itu,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Pada 1 Disember, Putrajaya mengarahkan pekerja warga asing di tapak pembinaan, kilang, pusat komersial dan sektor lain menjalani ujian saringan Covid-19 dengan kos ditanggung oleh majikan.

Ismail Sabri berkata menurut data Kementerian Sumber Manusia, setakat ini 42,248 pekerja asing membabitkan 1,990 majikan sudah menjalani ujian saringan. – 24 Disember, 2020.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen