MAHKAMAH Tinggi Raub hari ini memutuskan pekebun durian di Raub tidak ada hak undang-undang untuk memfailkan semakan kehakiman berkenaan keputusan kerajaan negeri untuk melaksanakan “skim pengesahan”.
Mahkamah menolak dua permohonan kebenaran mengemukakan semakan penghakiman difailkan oleh pekebun terbabit.
Peguam Siew Choon Jern yang mewakili kumpulan pekebun berkenaan berkata mahkamah berpandangan bahawa pekebun itu adalah penceroboh, jadi mereka tidak ada lokus standi untuk memfailkan cabaran itu.
Siew berkata demikian pada sidang akhbar yang disiarkan secara langsung dari luar mahkamah.
Malaysiakini memetik Adun Tras daripada DAP Chow Yu Hui sebagai berkata kumpulan pekebun terbabit kecewa tetapi akan mencabar keputusan itu di Mahkamah Rayuan.
Permohonan semakan kehakiman difailkan oleh 200 pekebun durian Raub pada Ogos dan Oktober lalu. – 23 Disember, 2020.
Berita penuh di sini.
Komen