Sambutan Krismas dibenarkan tetapi SOP ketat, kata Ismail Sabri


Hailey Chung Wee Kye

Penganut Kristian dibenarkan menghadiri upacara sembahyang di kawasan PKPP dan PKPB namun perlu mematuhi syarat ketat disediakan kerajaan.– Gambar fail The Malaysian Insight, 18 Disember, 2020.

PENGANUT Kristian dibenarkan menghadiri upacara sembahyang di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan PKP Bersyarat (PKPB) namun perlu mematuhi syarat ketat disediakan kerajaan, kata Menteri Kanan Ismail Sabri.

Ismail berkata, lawatan rumah ke rumah untuk sambutan Krismas hanya boleh dibuat pada 25 Disember sahaja.

“Penganut Kristian hanya dibenarkan melakukan upacara sembahyang pada 24 dan 25 Disember di kawasan-kawasan yang dilaksanakan PKPP dan PKPB.

“Di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), sambutan di gereja tidak dibenarkan.

“Dan perayaan di rumah dihadkan kepada ahli keluarga yang berkongsi rumah sahaja,” katanya hari ini.

Ismail berkata sambutan hari pertama perayaan Krismas di rumah kediaman landed adalah dibenarkan dengan kehadiran tidak lebih 20 orang yang terdiri dalam kalangan keluarga terdekat.

Bagi rumah kediaman strata dengan keluasan kurang 1,500 kaki persegi pula, jumlah tetamu dalam satu-satu masa tidak dibenarkan melebihi 10 orang, manakala maksimum 15 orang bagi kediaman dengan keluasan 2,500 kaki persegi ke atas, katanya. – 18 Disember, 2020.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen