AHLI Parlimen Klang Charles Santiago menyifatkan siasatan yang dilakukan terhadapnya berhubung kenyataan di sebuah forum yang mendatangkan kebimbangan orang ramai hanyalah “membuang masa”.
Ahli Parlimen DAP yang disoal siasat oleh polis hari ini berkata beliau sedang disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan, satu kesalahan jenayah kerana membuat kenyataan dengan niat untuk mendatangkan ketakutan atau kebimbangan kepada orang ramai.
Tuduhan itu dikaitkan dengan kenyataan yang dibuatnya mengenai Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) di sebuah forum pada 25 November tahun lalu.
“Kenapa anda panggil saya setelah lebih 12 bulan? Tidak ada keperluan untuk ini,” katanya selepas meninggalkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.
“Jika ia adalah masalah yang sangat serius atau mendesak, polis perlu melakukan siasatan mereka lebih awal. – 18 Disember, 2020.
Berita penuh di sini.
Komen