Sibu kembali ke zon kuning dengan satu penularan tempatan 


Desmond Davidson

Sibu kembali ke zon kuning selepas seorang warga tempatan disahkan positif Covid-19.– Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 17 Disember, 2020.

SIBU kembali memasuki zon kuning Covid-19 selepas selepas satu kes penularan tempatan dikesan di bandar tengah Sarawak itu hari ini.

Kes itu melibatkan pekerja ekspatriat tempatan yang disahkan positif ketika menjalani ujian wajib. Beliau mahu kembali bekerja di Papua New Guinea.

Mangsa yang tidak menunjukkan sebarang gejala itu, menjalani ujian Covid-19 semalam dan keputusan mendapati beiau dijangkiti virus tersebut.

Jawatankuasa pengurusan bencana negeri mengkategorikannya sebagai penularan tempatan kerana mangsa tidak pernah melakukan perjalanan ke kawasan yang berisiko tinggi sejak kembali ke rumahnya pada Januari.

Satu lagi zon kuning di negeri itu adalah daerah Serian, kira-kira 65 kilometer dari Kuching. Enam daripada sembilan kes di Sarawak hari ini dikesan di Sibu.

Empat darripadanya melibatkan wanta warga Indonesia yang menjalani ujian pada 6 Disember di sebuah pusat perubatan swasta.

Ujian pertama menunjukkan mereka negatif namun ujian kedua diambil pada Selasa menunjukkan mereka positif.

Kes ke enam melibatkan seorang lelaki dari Johor yang disahkan positif selepas mengambil ujian di lapangan terbang Sibu pada 6 Disember.

Jawatankuasa terbabit berkata, lelaki terbabit menunjukkan gejala yang berkait dengan virus. Beliau kini ditempatkan di wad pengasingan di Hospital Sibu.

Dua kes lagi dikesan di Kuching dan satu di daerah Sri Aman.

Satu kes di Kuching dan satu di Sri Aman melibatkan warga Indonesia yang ditahan di Depoh Tahanan Imigresen.

Mereka menjalani ujian selepas ditahan ketika cuba memasuki negara ini secara haram. Kedua-dua mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah. – 17 Disember, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen