DEWAN Rakyat hari ini Rang Undang-undang Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit COVID-19) (Pindaan) 2020, untuk menambah RM20 bilion kepada Kumpulan Wang Covid-19 di bawah inisiatif Belanjawan 2021.
Menteri Kewangan Tengku Zafrul memberitahu Dewan yang peruntukan tambahan ini adalah untuk membiayai Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin dan bantuan berkaitan.
“Peruntukan itu akan menampung pemberian Bantuan Prihatin Nasional (RM14 bilion), untuk menampung perbelanjaan berkaitan Covid-19 (RM4 bilion), keperluan Program Subsidi Upah (RM1.5 bilion), dan untuk Geran Khas Prihatin (RM500 juta).”
Beliau berkata ini akan memberikan sokongan kepada kakitangan barisan hadapan, kumpulan B40, dan membantu pemulihan ekonomi negara.
Dengan tambahan ini, jumlah Kumpulan Wang Covid-19 kini berjumlah RM65 bilion.
Sementara itu, Lim Guan Eng (Bagan-PH) bertanya kepada Zafrul mengenai jumlah yang dibelanjakan oleh kerajaan daripada dana ini.
“Sebanyak RM38 bilion daripada RM45 bilion yang asal telah dibelanjakan untuk semua 31 inisiatif yang disenaraikan di bawah Akta 430 RUU sementara,” kata menteri kewangan. – 17 Disember, 2020.
Komen