Inisiatif hutan Baram terima sokongan antarabangsa


Desmond Davidson

Jabatan Hutan Sarawak akan memimpin dalam program pemuliharaan dengan input dari masyarakat setempat dan masyarakat sivil.– Gambar Taman Damai Baram, 16 Disember, 2020.

PERTUBUHAN Kayu Tropika Antarabangsa (ITTO) secara rasminya mengiktiraf cadangan daripada masyarakat di Lembangan Sungai Baram untuk Taman Damai Baram.

Cadangan itu adalah untuk menjadikan 280,000 hektar hutan dan tanah pertanian, yang didiami lebih 30 etnik orang asal terdiri daripada masyarakat Penan, Kenyah, Kelabit, dan Saban, sebagai kawasan pemuliharaan yang bebas daripada pembalakan komersial.

Jabatan Hutan Sarawak akan memimpin dalam program pemuliharaan dengan input dari masyarakat setempat dan masyarakat sivil.

Ia termasuk kawasan terakhir yang hutannya belum pernah diteroka di negeri itu, menurut kumpulan konservasi Save Rivers dan Bruno Manser Fund.

Kumpulan itu menyatakan kerajaan Malaysia secara rasmi telah cadangan untuk dipertimbangkan di mesyuarat ITTO kali ke-56 pada 9 November hingga 13 November di Yokohama, Jepun.

Pengerusi Save Rivers, Peter Kallang memuji keputusan itu.

“Masyarakat di sini mengalu-alukan inisiatif Jabatan Hutan Sarawak dan pengesahan ITTO. Ini merupakan petanda penting kepada komuniti yang menunggu untuk projek itu diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Peter, sokongan itu menunjukkan bahawa kerajaan dan masyarakat antarabangsa memandang serius masalah penduduk. – 16 Disember, 2020.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen