SELESAIKAN pertikaian antara Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Bersatu (UPP) sebelum pilihan raya umum.
Ia merupakan tugas yang diberikan pengerusi Barisan Nasional Najib Razak kepada Ketua Menteri Sarawak yang juga pengerusi BN negeri Abang Johari Openg, bagi menyelesaikan masalah lama yang melanda pakatan pemerintah.
Pada persidangan perwakilannya semalam, SUPP meluluskan resolusi untuk membantah amalan BN yang menamakan calon secara langsung.
Calon langsung ini diletakkan dalam pemilihan negeri terakhir di kawasan pemilihan yang dipertikai oleh SUPP dan UPP.
Pada penutup persidangan itu hari ini, Najib berkata parti yang bersatu akan memberikan prestasi yang lebih baik dalam pilihan raya umum.
“Kamu mesti mempunyai barisan hadapan yang bersatu jika ingin menang,” kata perdana menteri.
“Kita perlukan SUPP yang kuat.
“Saya tidak peduli apa warna baju yang kamu pakai, saya hanya mahukan parti yang kuat yang menjadi pilihan rakyat Sarawak,” kata Najib merujuk kepada penyokong SUPP berbaju kuning yang sering mengambil bahagian dalam acara umum dan menjalankan kerja sosial.
Katanya, dari sebuah parti yang hampir mati - merujuk kepada prestasi merudum SUPP pada pilihan raya umum lalu yang mana hanya satu kerusi dimenangi daripada tujuh kerusi, yang menjadi rebbutan dan hampir membawa kepada pembatalan pendaftaran - gelombang baru muncu dalam parti itu hari ini.
SUPP yang berusia 59 tahun merupakan parti politik paling tua di negeri itu dan hampir dibubarkan apabila bekas timbalan setiausaha agungnya Wong Soon Koh membantah cara persidangan pada 2014 dijalankan.
Beliau turut mencetuskan sasatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) selepas aduan dibuat.
Apabila RoS mendapati tiada sebarang salah laku, Wong dan penyokongnya, termasuk empat lagi Adun, keluar dan membentuk UPP.
Walaupun UPP bukan ahli BN, ia mengintai tiga kerusi di tiga kubu kuat BN – Lanang, Bandar Sibu and Sarikei. – 23 Disember, 2017.
Komen