Syarikat Singapura bayar denda RM1.7 bilion kerana rasuah


Keppel Offshore &Marine Ltd. mengendalikan limbungan kapal di seluruh dunia dan mempunyai sebuah anak syarikat berdaftar di AS. Siasatan itu dilakukan di bawah undang-undang AS yang membenarkan pihak berkuasa menghukum syarikat Amerika atau syarikat yang aktif di negara itu yang bersalah kerana korupsi. – Gambar AFP, 23 Disember, 2017.

KEPPEL Offshore &Marine Ltd. Bersetuju membayar denda AS$422 juta (RM1.7 bilion) kepada Amerika Syarikat, Brazil dan Singapura kerana kesalahan korupsi, kata Jabatan Kehakiman AS pada Jumaat.

KOM mengendalikan limbungan kapal di seluruh dunia dan mempunyai sebuah anak syarikat berdaftar di AS. Siasatan itu dilakukan di bawah undang-undang AS yang membenarkan pihak berkuasa menghukum syarikat Amerika atau syarikat yang aktif di negara itu yang bersalah kerana korupsi.

Korupsi syarikat itu “menyebabkan defendan membayar lebih AS$50 juta rasuah kepada pegawai Brazil dan keuntungan kepada syarikat defendan lebih AS$350 juta hasil perniagaan yang diperolehi secara rasuah di Brazil,” kata pemangku Peguam Negara AS Bridget Rohde dalam satu kenyataan.

KOM dan anak syarikat AS milinya “bersetuju membayar keseluruhan jumlah denda lebih AS$422 juta untuk menyelesaikan dakwaan dengan pihak berkuasa di AS, Brazil dan Singapura,” kata kenyataan itu.

Ia akan membayar AS$105.5 juta kepada AS, AS$211.1 juta kepada Brazil dan AS$105.5 juta kepada Singapura.

Kerjasama dan tindakan memecat pekerja yang terlibat dalam rasuah oleh KOM menyebabkan Jabatan Kehakiman bersetuju untuk mengurangkan jumlah denda yang dikenakan, katanya. – AFP, 23 Disember, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen